Sebarang pertanyaan boleh
sms/whatsapp/wechat ke 0197583883


Kecantikan Bermula Dari Dalam: I-food

Kata orang kecantikan bermula dari dalam. Mungkin betul. Apabila dalaman kita sihat maka luaran juga akan kelihatan cantik (tubuh cergas, kulit yang bersih, rambut yg bersinar, wajah yg berseri2 dan sentiasa kelihatan bermaya). Ada orang yg rupanya memang semulajadi cantik dan tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan kecantikan itu. Tapi bukan semua orang bertuah. Ingin cantik dan sihat kenalah berusaha lebih. Bukan susah pun - makan makanan seimbang, minum air putih secukupnya dan jangan lupa bersenam. Tapi saya tahu (kerana saya pun sama) perkara yg mudah2 ini pun kita susah nak lakukan lantaran gaya hidup dan faktor persekitaran kita. Kadang2 dalam kesibukan bekerja - keluar pagi dan balik petang (kadang2 malam) kita sering mengabaikan soal makan. Tidak mengambil sarapan pagi, makan lewat malam atau makan apa sahaja yg sempat, makan makanan segera, makan di restoran (banyak menggunakan garam, gula dan MSG utk menyedapkan masakan -kalau tak sedap orang tak datang pula) dan lain2 lagi; semuanya adalah tabiat makan yg kurang baik.

Sarapan pagi sebenarnya amat penting dalam diet seharian kerana tubuh kita memerlukan tenaga untuk memulakan hari. Melupakan sarapan dan tidak makan pada waktu yg sepatutnya akan mendorong kita makan dengan banyak kemudian nanti. Sebenarnya saya ingin memperkatakan tentang sejenis makanan tambahan organik dari New Zealand iaitu I-food.  I-food merupakan gabungan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan serta kaya dengan asid amino, vitamin, mineral, enzim, serat dan lain2 lagi. Bahan utama di dalam i-food ialah rumput gandum, sekam benih silium, spirulina, pektin epal, aloe vera, kacang soya dan gandum. Rasa i-food ni macam air kacang soya yg tidak ditambah gula. Bagi mereka yg tidak sempat bersarapan boleh menggantikannya dengan minum i-food. Kandungan seratnya yg tinggi memberikan rasa kenyang kepada anda sehinggalah tiba waktu makan tengahari nanti. Mudah sahaja - hanya tambah air (air sejuk lagi sedap) dan shake; boleh terus minum dan kalau anda orang yg suka makan di luar atau suka makanan segera minumlah i-food setengah jam sebelum makan sebab i-food boleh bertindak membuang toksin akibat dari makanan yg tidak menyihatkan tadi.

Fungsi i-food ini selain menguatkan sistem percernaan boleh juga bertindak sebagai detoks untuk hati - organ pembersih yg sangat penting. Detoksifikasi sebenarnya bukan hanya bertumpu kepada sistem pencernaan (usus) tetapi juga hati. Fungsi hati boleh terjejas sekiranya kita membebankan organ itu dengan timbunan makanan yg sihat ditambah lagi dengan gaya hidup (makan berlebihan, merokok atau mengambil alkohol) dan juga faktor persekitaran (udara dan air yg tercemar). Hati yg tidak kuat mengakibatkan anda mendapat pelbagai penyakit dan kesan luarannya boleh dilihat seperti badan dan nafas berbau, bermasalah kulit (jerawat, kusam dsb), lingkaran hitam di bawah mata dan sering letih-lesu. Mereka yang menghidap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi juga sesuai mengamalkan i-food untuk menyahtoksin hati mereka daripada bahan kimia akibat pengambilan ubat-ubatan.

Maka cubalah i-food untuk menyerlah kecantikan luaran anda (cantik bererti sihat). Orang selalu kata makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap; ternyata ungkapan itu salah. Makan pun jangan sebarang makan. Pilihlah makanan yg baik untuk anda. We are what we eat..:)


                                                         

0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy